Thursday, December 3, 2009

Pusat Latihan As D Fesyen



Pusat latihan ini terbuka kepada semua. Kami di Pusat Latihan As D Fesyen mengelolakan kursus-kursus jahitan seperti Jahitan Pakaian Wanita, Jahitan Sulaman serta Jahitan Manik dan Labuci.

Matlamat kami adalah untuk melahirkan insan yang berilmu, berkemahiran serta mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Kursus ini diadakan di Pusat Latihan As D Fesyen pada setiap minggu. Tempat latihan kami mempunyai kemudahan lengkap dengan kemudahan mesin jahit, mesin jahit tepi dan mesin sulam.

Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alu penyertaan dari pihak tuan/puan untuk turut serta di dalam program ini untuk membantu menjana ekonomi keluarga di samping dapat mengisi masa yang terluang dengan aktiviti yang bermanfaat.


Kami menawarkan kursus dan kelas intensif bagi kursus-kursus berikut:-

  • Kursus Jahitan Kurung Pesak (Tradisional)
  • Kursus Jahitan Kurung Pesak Gantung
  • Kursus Jahitan Kurung Moden Pelbagai Fesyen
  • Kursus Jahitan Kebaya Pelbagai Fesyen
  • Kursus Jahitan Manik Asas – Lanjutan
  • Kursus Sulaman Tangan
  • Kursus Sulaman Mesin
  •  Kursus Gubahan Hamper

Untuk penerangan lanjut, sila hubungi:
Asmidah 013-3912933

No comments:

Post a Comment