Kami adalah syarikat bumiputra dan amat komited dalam perniagaan berasaskan jahitan. Pengalaman kami sudah melebihi 10 tahun berkecimpung dalam industri tekstil. Matlamat utama perniagaan kami ialah untuk memberikan perkhidmatan tempahan dan jualan pakaian yang bermutu dengan harga berpatutan kepada masyarakat sekeliling.
Disamping itu, kami juga mengendalikan kursus jahitan yang bermatlamat untuk:
- Melahirkan masyarakat yang berkemahiran dan mempunyai daya kreativiti tinggi
- Membantu masyarakat menjana ekonomi keluarga
- Membantu masyarakat dengan pengisian masa yang bermanfaat
Pusat kursus jahitan dan pejabat kami beralamat di:
43A-02-23, Jalan 3/48A,
Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul, KL.
Manakala pusat pameran dan tempahan kami terletak di:
TB-07, Aras G,
Pusat Komuniti Perniagaan Bandar Baru Sentul, KL.
Lokasi kami amat mudah untuk dikunjungi oleh pelanggan untuk datang membuat tempahan dan pelajar untuk menghadiri program kursus jahitan. Kemudahan pengangkutan awam yang berdekatan seperti bas, teksi, STAR-LRT adalah mudah didapati. (sila rujuk peta).